skip to main |
skip to sidebar
Masalah Penggunaan Teknologi VSAT di Sekolah
- Penyelaras ICT di sekolah perlu lebih peka dan proaktif dalam merancakkan penggunaan VSAT di sekolah. Adalah sedia maklum , penyelaras ICT terlibat dengan beberapa siri kursus berkaitan penggunaan ICT dan VSAT. Justeru itu, amalan perkongsian ilmu dengan menyebar luaskan kepada guru-guru lain adalah amat diperlukan. Siri penerbitan bahan berkaitan VSAT, satelit, konsep teknologi tanpa wayar dan sebagainya perlu diedarkan kepada guru agar maklumat dan pendedahan berkaitan dengannya dapat dimanfaatkan.
- Kementerian Pelajaran disarankan agar kontraktor atau vendor yang dilantik bagi memasang VSAT di sekolah-sekolah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan latihan formal berkaitan penggunaan VSAT kepada guru-guru sebagai salah satu dari khidmat sosial korporat mereka. dengan sokongan secara percuma dan latihan intensif yang diberikan, ia mampu menggalakkan dan memotivasikan semua guru untuk menggunakan VSAT di sekolah.
- Kebanyakkan guru melahirkan rasa kecewa apabila mereka hendak menggunakan makmal komputerdisebabkan masalah birokrasi dan teknikal. Antara yang biasa ialah tidak semua komputer boleh berfungsi dengan baik ketika mereka hendak menggunakannya. Pihak pentadbir perlu memantau keadaan ini dengan kerap melakukan pemeriksaan berkala ke atas semua kongfigurasi komputer dan pelayan. Kepincangan dalam mengatasi masalah ini menyebabkan ramai guru merasakan penggunaan komputer hanya membuang masa dan mengganggu P&P mereka.
- Guru juga menghadapi masalah untuk mendapatkan kunci bagi menggunakan makmal daripada guru penyelaras ICT. Seharusnya kunci makmal komputer hendaklah diletakkan di satu tempat yang selamat, mudah diambil dan boleh digunakan oleh semua guru . Persepsi yang mengatakan komputer akan rosak jika digunakan oleh banyak tangan perlu dikikis supaya budaya ICT dapat ditanamkan di sekolah-sekolah.
- Penggunaan komputer di kalangan guru-guru samada dalam membantu P&P atau urusan pentadbiran masih lagi kurang. Kebanyakkan guru yang aktif menggunakan komputer adalah di kalangan guru-guru yang dibekalkan komputer bimbit oleh Kementerian Pelajaran terutama kepada guru-guru Bahasa Inggeris dan guru-guru Sains & Matematik selain guru-guru yang mahir menggunakan komputer dan memiliki komputer sendiri.
- Kementerian Pelajaran seharusnya memperluaskan lagi kemudahan penggunaan komputer bimbit kepada semua guru dan tidak terhad kepada guru-guru Etems semata-mata. Kemudahan ini walaupun melibatkan budget yang besar tetapi akan membawa impak yang besar kepada penggunaan teknologi komputer.
- Latihan merupakan mekanisme yang terbaik bagi menggalakkan penggunaan teknologi VSAT. Pihak sekolah perlu membuat tinjauan dan bancian terhadap kemampuan guru-guru dalam menguasai internet dan komputer. Setelah dikenalpasti , bolehlah diadakan kursus dalaman kepada mereka agar tidak terus ketinggalan dalam menguasai kemahiran ICT.
- Tahap kemahiran di kalangan guru-guru adalah tidak sama. Pihak sekolah perlu mengadakan sistem mentor sbagai panduan kepada guru yang mahir untuk membimbing guru yang kurang berkemahiran dalam menggunakan VSAT di sekolah.
- Sekiranya ada kursus-kursus berkaitan penggunaan VSAT dan Internet maka keutamaan hendaklah diberikan kepada guru-guruyang kurang mahir dalam komputer untuk menimba seberapa banyak kemahiran menguasai ICT.
Memang p & p dalam ICT interseting. Tetapi adalah semua guru sudah bersedia ? Ataupun "aku ini chalk and talk pun boleh berjaya, buat apa hendak ragam-ragam baru ?"
ReplyDeleteICT dalam p&p memang impian anak-anak murid kerana mereka lebih memahami tapi guru-guru pula bermasalah kerana fobia dgn IT takut anak murid lebih canggih dari mereka... Namun tahniah pada semua Kohort 9 berjaya bina blog bersanma Pn. Harnani
ReplyDeleteBegitulah,ada guru penyelaras ICT yang pergi berkursus simpan sendiri maklumat tu..x disebarkan kepada rakan-rakan lain.Hal yang sedemikian pihak pentadbir perlu memainkan peranan agar segala maklumat mengenai ICT dan VSAT dapat dikongsi bersama.Semoga apa yang diharapkan oleh KPM dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan adanya golongan seperti anda yang begitu mahir tentang ICT dan mahu berkongsi dengan rakan-rakan lain...Terima kasih dan tahniah.
ReplyDelete