Teknologi dalam pendidikan telah didefinisikan oleh pelbagai badan pendidikan dunia
dalam pelbagai perspektif serta konteks keperluan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Majlis Teknologi Pendidikan, United Kingdom mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu pembentukan, penerapan, dan penilaian sistem, teknik dan bantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979).Pusat Kebangsaan Pembelajaran Terancang, United Kingdom pula mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syarat pembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan (Cowen, 1980).Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, USA sebaliknya mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untuk merekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang berkesan (Bjerstedt, 1972).
Definisi pertama menegaskan teknologi dalam pendidikan adalah satu alat; definisi
kedua memberi penerapan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan
definisi ketiga mengatakan teknologi dalam pendidikan adalah satu bentuk sains atau cara yang sistematik dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran,
Sekalipun ketiga-tiganya memberi penekanan yang berbeza, tetapi satu unsur yang tidak dapat ditinggalkan daripada semua definisi tersebut adalah tujuan teknologi dalam Pendidikan - untuk memperbaiki pencapaian dan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sesebuah bilik darjah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan adalah suatu alat, prinsip dan pendekatan saintifik dalarn merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi yang dapat membuka jalan kepada pelajar untuk menguasai atau memperolehi matlarnat pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu kurikulum atau mata pelajaran. Definisi ini juga tidak boleh meninggalkan keperluan terhadap peralatan tertentu seperti bahan bercetak, bahan multimedia, bahan elektronik dan bukan elektronik yang lain dalam membantu pendidik mencapai matlamatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment